Thursday, November 27, 2008

Pakej Pembakaan Boer

Pakej Pembakaan Boer Fullblood (FB)
AsSakinah Agro Farm juga menawarkan pakej pembakaan Boer dengan mengkacukkan Pejantan Boer FB dengan induk Koplo.
(Nota : Sila klik di sini untuk mendapatkan penerangan mengenai Pakej ini)

Pejantan Boer FB


1. Pakej Boer FB/Induk Feral
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
10 ekor Induk Feral berusia kira-kira 12-15 bulan
Harga: RM9ribu
Induk dan dara Feral


2. Pakej Boer FB/Induk Koplo
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
20 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 10-12 bulan
Harga: RM15ribu

3. Pakej Boer FB/Induk Koplo
1 ekor Pejantan Boer FB berusia kira-kira 18bulan
20 ekor Induk Koplo berusia kira-kira 12-15 bulan
Harga: RM16ribu

Induk Koplo (Jamnapari kacukan)


Untuk pembelian dengan kuantiti besar (lebih dari 1 pakej), harga masih boleh dirunding.

Berminat sila hubungi kami di 019-2231507 (Suhaimi)


Pakej Pembakaan Boer F4 TERHAD !!!

Kami juga menawarkan Pakej berikut:

Pakej Boer F4:
1. 1 ekor Pejantan Boer F4 (anak tempatan) berumur kira-kira 10-11 bulan, berat 35kg.
2. 20 ekor Koplo dara berusia antara 8 hingga 12 bulan (berat anggaran 15kg - 20kg)
Harga Tawaran RM12,200


Tuesday, September 9, 2008

Pakej Pembakaan Boer

Sila klik di sini untuk pakej pembakaan yang ditawarkan


Penerangan Ringkas

Objektif pakej ini adalah untuk menggalakkan penternak menghasilkan sendiri anak Boer kacukan F1 tempatan dengan menggunakan induk dari baka selain Boer yang berharga lebih murah. Langkah ini dapat mengurangkan kos kerana penternak sememangnya memerlukan bilangan induk yang banyak bagi menjayakan program pembakaan, seterusnya memastikan kejayaan projek penternakan mereka. Adalah dianggarkan, penternak memerlukan sekurang-kurangnya 300 ekor induk untuk menjadikan sesuatu projek penternakan kambing mereka berdaya maju.

Untuk Pejantan, penternak yang berkemampuan digalakkan supaya menggunakan Boer Tulen (Fullblood) demi menghasilkan anak kacukan Boer F1 yang bermutu.

Masaalah Menggunakan Induk Boer
Induk Boer (dari Gread F3 ke atas) adalah pilihan terbaik untuk program pembakaan bagi menghasilkan anak-anak Boer bermutu tinggi. Walau bagaimana pun, harga pasarannya agak tinggi, iaitu kira-kira RM1 ribu dan ke atas. Di samping itu, risiko kematian induk Boer import sangat tinggi kerana alah kepada perubahan iklim setelah berhijrah ke negara kita dari Australia. Begitu juga dengan kaedah penternakan yang berbeza. Di Australia kambing diternak secara lepas bebas, kerana iklimnya yang panas kering di samping tanahnya yang luas. Di Malaysia pula kambing terpaksa diternak secara fidlot di dalam kandang. Perubahan ini menyebabkan induk Boer mengalami 'stress' setelah tiba di negara kita. Ramai penternak yang sudah serik dengan induk Boer import kerana risiko kematian yang tinggi, terutama di dalam tempoh 6 bulan pertama setelah tiba di negara kita.

Induk Koplo

Induk dari baka Koplo (berasal dari Indonesia) adalah pilihan utama dalam program pembakaan Boer yang kami tawarkan. Di samping harganya yang berpatuan, induk koplo agak lasak dan sememangnya sesuai dengan iklim negara kita kerana baka ini berasal dari Indonesia, iaitu negara yang iklimnya sama dengan iklim tempatan kita. Kaedah penternakan kambing di Indonesia juga sama dengan di negara kita di mana kambing dibela secara fidlot di dalam kandang.

Stok koplo induk berusia kira-kira 15 hingga 18 bulan



Pejantan Boer FB (dgn sijil) berusia lebih 2 tahun dan seberat kira-kira 80kg.


Contoh anak Boer F1 yang kami hasilkan di ladang kami menggunakan induk Koplo dan Pejantan Boer FB



Induk Feral
Sebagai alternatif, kami juga menawarkan Pakej Pembakaan Boer menggunakan induk Feral (dari Australia). Sebagaimana Koplo, kos induk Feral juga adalah rendah. Kebaikannya berbanding Koplo adalah baka Feral berbentuk badan yang lebih gemuk. Ia juga berbadan lebih rendah, memudahkan pejantan Boer memanjat semasa proses mengawan memandangkan pejantan Boer juga berbadan rendah . Walau bagaimana pun, risiko kematian adalah lebih tinggi bagi Feral yang baru tiba ke negara kita memandangkan ia berasal dari Australia, negara yang mempunyai iklim berbeza dengan negara kita.


Induk Feral


Contoh anak hasil kacukan Pejantan Boer FB dan induk Feral


Sila klik di sini untuk pakej yang ditawarkan



Sunday, July 6, 2008

Tawaran Kambing Jamnapari Peranakan Ettawa

Tawaran induk/dara Jamnapari Peranakan Ettawa (PE)
Kemaskini 15 Nov 2008

1. Jamnapari dara :
10 ekor dara berusia kira-kira 8 - 10 bulan, berat kira-kira 15-20kg. Harga RM900 seekor.


2. Jamnapari induk:

Induk Jamnapari PE dara berwarna hitam, usia kira-kira 15 bulan,pernah beranak kembar sekali. Harga tawaran RM1,300.





2 Ekor Induk jamnapari berusia 2 1/2 tahun, kedua-duanya pernah beranak 2 kali. Harga tawaran RM1,600 seekor.



Induk PE berusia kira-kira 2 tahun, pernah beranak sekali dan kini sedang bunting kali ke-2 (dikahwinkan dengan Pejantan Boer FB). Harga tawaran RM1,600 KIV kerana hampir melahirkan anak


TAWARAN LEPAS


Jamnapari PE dara 8 bulan, berwarna coklat keseluruhan badan, telinga sangat panjang dan muka sangat cembung. Harga RM900 sahaja. SUDAH DIJUAL



Dara Jamnapari PE berbadan putih dan berkepala hitam, usia 9 - 14 bulan, harga dari RM1,000 (usia 9 bulan), RM1,100 (usia 10 bulan) dan RM1,500 (usia 14 bln). SUDAH DIJUAL



Ini PE dara berusia 12 bulan, potongan badan sangat cantik. Harga tawaran RM1,600. SUDAH DIJUAL



Jamnapari dara berusia kira-kira 10 bulan, berwarna istimewa hitam 'spotted', harga tawaran RM1,600 SUDAH DIJUAL

Friday, July 4, 2008

Pakej Pembakaan Dgn Pejantan Boer FB

Kami menawarkan pakej pembakaan dengan Pejantan Boer FB (Fullblood-disertakan dgn Sijil) berusia 2 thn ke atas, berat 80-90kg

Kemaskini 9 September 2008. Kesemua pakej di bawah SUDAH DIJUAL. Hubungi kami untuk rundingan pakej yang baru.

Pakej 1
Kemaskini 24 Ogos SUDAH DIJUAL
1. 1 ekor Pejantan Boer FB (Fullblood) dgn Sijil - usia 2 thn ke atas, berat 80-90kg
2. 10 ekor Boer dara gred F4 - usia sekitar 8 - 10 bulan, berat 30-35kg

Harga RM15ribu sahaja.



Stok Boer F4 dara berusia 8 bulan ke atas, kuantiti terhad kira-kira 20 ekor sahaja.



Pejantan Boer FB


Pakej 2

Kemaskini 24 Ogos SUDAH DIJUAL
1.
1 ekor Pejantan Boer FB (Fullblood) dgn Sijil - usia 2 thn ke atas, berat 70-80lg
2. 10 ekor Jamnapari kacukan induk - usia sekitar 15-18 bulan, berat sekitar 30kg

Harga RM10,500 sahaja.



Stok jamnapari kacukan induk berusia kira-kira 15-18 bulan


Pakej 3
SUDAH DIJUAL
1. 1 ekor Pejantan Boer/Jamnapari kacuk - usia 2 thn lebih, anggaran berat 80-90kg
2. 20 ekor Koplo (Jamnapari kacukan)
dara - usia sekitar 8 - 10 bulan, berat sekitar 20kg

Harga RM13ribu sahaja.



Stok koplo dara berusia 8-10 bulan.



Pejantan Boer/Jamnapari kacukan berusia lebih 2 tahun dan seberat 70-80kg.


Pakej 4
Kemaskini 9 September SUDAH DIJUAL !!!
1. 1 ekor Pejantan Boer Fullblood dgn Sijil - usia 2 thn lebih, anggaran berat 80-90kg
2. 20 ekor Koplo induk - usia sekitar 15 - 18 bulan, berat sekitar 25-30kg

Harga RM17,500 sahaja.



Stok koplo induk berusia kira-kira 15 hingga 18 bulan


Pejantan Boer FB (dgn sijil) berusia lebih 2 tahun dan seberat 80-90kg.


Lain-lain pakej

Untuk lain-lain pakej, sila hubungi kami di talian 019-2231507 (Suhaimi)